Friday, January 20, 2017

VISION BOARD


Vision Board ni ada banyak kaitannya dengan Law of Attraction.



Pernah dengar Law of Attraction ni kan?  Ada banyak buku tentang law of attraction ni.

Mengikut Law Of Attraction, bila kita kelilingi diri kita dengan imej-imej siapa yang kita nak jadi, apa yang kita nak miliki, kat mana kita nak duduk, kat mana nak pi bercuti hidup kita akan berubah untuk follow imej tersebut serta keinginan-keinginan kita.


Powerful kan? tu law of attraction

VISION BOARD NI BOLEH TARIK KITA UNTUK CAPAI APA YANG KITA IMPIKAN!

Vision Board ini macam sebuah papan yang kita tampal segala apa yang kita ingin capai dalam hidup.

Boleh tampal gambar, boleh letak kata – kata, potongan artikel atau apa sahaja yang menjadi cita-cita dan impian kita.

it is yours, do whatever you like to it. Asalkan vision board ini mampu memberikan kesan positif kepada diri kita.

CARA NAK BUAT VISION BOARD / MACAM MANA NAK MENGADAKAN VISION BOARD YANG MUNGKIN TAK PERNAH ADA BAGI CERTAIN ORANG

Ada beberapa panduan (bukan syarat) untuk meningkatkan kesan vision board ini dalam memotivasikan diri.




Kita ini manusia, manusia itu selalu, sering, kerap lupa, kecuali bila diperingatkan kembali.

Siapa nak kesah pasal diri kita sangat, jadi kitalah yang perlu memperingati diri sendiri. Vision board adalah salah satu caranya. Jadi,  kena lah buat vision board. bagi tak lupa. kita kan nyanyuk sokmo.
Vision board yang terbaik adalah yang ada dalam kita punya S.M.A.R.T goal
 S.M.A.R.T tu apa?

 1. Specific
2. Measurable
3. Attainable
4. Realistic
5. Time-bound

Specific – bermakna vision board mesti spesifik atau terperinci, saya bagi beberapa contoh,

i. kalau nak beli rumah, tuliskan sekali bila akan dapat untuk membeli rumah tersebut (contoh Januari 2017), Berapa kos rumah tersebut?

ii. kalau nak mengerjakan umrah, bila tarikh hendak mengerjakan umrah, berapa kos untuk mengerjakan umrah

iii kalau nak beli kereta, apa model kereta terbaru tu? Berapa harga dia? dan pastikan dalam gambar tersebut adalah kereta yang kita betul-betul nak dari segi warna, jenis model dan harganya, dan bila kita nak beli

kalau berkenaan dengan pendapatan, berapa pendapatan kita nak capai menjelang tempoh tertentu,

kalau boleh gariskan juga tindakan kita untuk mendapatkan pendapatan tu. Contoh target dalam bisness kita, berapa jumpah pendapatan yang akan kita peroleh pada hujung tahun 2017.
 kiranya.. kalau dah spesifik tu..kena la jelas macam mana nak buat bagi kita boleh beli benda2 yang kita senaraikan tu.kena la logik. Nak kereta belpire macam maktokboss,  tapi 3 tahun dok SID saja. Jadi, tak releven. Mungkin kena downgrade pada kereta saga biru macam cheta ja. VISION BOARD yang realistic tau. Jadi, kena ambik kira.Ini bukan suka2 kita nak donload gambaq kereta mahai2.. pastu usaha takdak. Itu bukan vision board. Itu to wallpaper ja.

Measurable – masa kita membuat vison board kita, pastikan apa yang kita hendak adalah yang kita boleh tahu nilai dia dengan kata lain, boleh diukur.

Mesti mempunyai satu nilai yang tepat. Bukannya satu plan yang hanya seperti angan-angan.
 maksudnya masih lebih kurg macam yang spesific kat atas tu. Kena logik kena releven. kena tahu kita mampu ke tak. Contoh nak beli rumah, tapi vision kita.. NANTI AKU NAK BUAT RUMAH BESAQ MCM ISTANA NEGARA, kalau takat rumah macam dato vida bleh gagah lagi


 Attainable – Bila kita tahu perkara apa apa yang kita hendak letakan dalam vision board kita, pastikan bagaimana cara kita untuk menjadikan sesuatu itu benda yang realiti,

contoh kita betulkan attitude anda, bina semangat harian , belajar skills baru untuk lebih menjana keuntungan dalam bisnes dan bina kekuatan kewangan kita. Yang ni penting. Kita buat vision. by end of 2018. income shaklee must be over than 100k. nak lawan maktokbos! Tapi kita tak semangat pun. anak bisnes pun tak dak. dok bertukun saja. SO TAK BOLEH!

Realistic – Kita mesti ada target sepanjang tahun, dan dalam pembikinan vision board ini, ia adalah GOAL kita, menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya.

Dan realtistic bermaksud, segala kudrat, kelebihan yang ada, segala benda yang ada membuatkan apa yang kita letakkan dalam vision board ini boleh menjadi kenyataan.Again..kena realistic. kena logic
Segala kudrat semangat kewangan dan segala2 nk kena realistik.

Time-bound – vision board anda mesti ada target masa, seperti contoh yang saya tunjuk di bahagian specific tadi, bila tarikh kita nak achieve apa yang kita hendak.

Dan kita kene pastikan, daripada kemampuan yang ada pada diri kita daripada planning yang kita buat. perkara itu secara logiknya boleh tercapai.

Jika kita tidak letak tempoh masa dalam vision board kita, ianya sebenarnya anda tiada rasa “urgency” untuk mencapai apa yang kita hendak. Ini timing kita lah. Kalau nak letak masa lama2 pun boleh.
[1/3, 22:08] ‪+60 19-524 1521‬: attainable tu maksdnya dicapai.. boleh dicapai..mampu di capai
[1/3, 22:08] ‪+60 19-524 1521‬: so apa kita kena buat untuk capai vision kita?
[1/3, 22:08] ‪+60 19-524 1521‬: nak makan tido makan tido je ke?
[1/3, 22:08] ‪+60 19-524 1521‬: nak gigih bisnes ke
[1/3, 22:09] ‪+60 19-524 1521‬: nak pegi class improve skill ke
[1/3, 22:09] ‪+60 17-880 3122‬: Cth nya mcm plan kita nak rancakkan bisnes kita

Itu ke maksudnya??
[1/3, 22:09] ‪+60 19-524 1521‬: haa..buleh gak tu
[1/3, 22:09] ‪+60 17-880 3122‬: Bukak boot
Join car boot sale
Sebarkan flyers

CARA BUAT VISION BOARD
Banyak cara nak buat VB.. cara yang mudah dan murah. Kita boleh sediakan softboard, whiteboard, playwood ataupun sekadar kad manila di tempat yang kita mudah dan selalu lihat.  Mungkin dalam bilik tidur, bila buka mata terus nampak.

Mungkin di pejabat, setiap hari pergi kerja boleh tengok. Ada gak yang suka style elektronik sebagai wallpaper komputer, tablet atau telefon bimbit. Lepastu daripada papan itu kosong, kita isi la dengan tampalan – tampalan cita – cita kita, keinginan kita, kemahuan dan idaman kita.

Biar ambil masa nak penuhkan vision board ini, sebab kita tau limit dan keupayaan kita.. janji ada vision board. Make it enjoyable. Tampal dengan penuh perasaan dan tekad yang satu hari nanti kita akan berjaya menjadikan impian di atas papan visi kita itu satu kenyataan. Bila ada benda baharu ditampal, snap lagi dan update wallpaper kita. Barulah kita Nampak selalu dan rasa berkobar-kobar nak capai. Ye dak?

Rasai keseronokan ketika pertama kali visi kita di atas vision board kita tu menjadi kenyataan. Raikan.

Ada dua pilihan untuk kita buat apabila impian yang tertampal itu telah dicapai.
Pertama, kita boleh turunkan dan ganti dengan gambar atau target yang lain.

kedua. Selagi tak penuh, biarkan sahaja, sebab kita akan rasa bermotivasi melihat apa yang telah kita capai. Kalau satu visi dah capai.. kita rasa macam seronok gila..terus rasa nak buat kenduri 7 hari 7 malam. Punya syok. Visi yang besar-besar la maksd saya, macam nak beli rumah Dato Vida.


Boleh kategorikan ikut:
Fizikal
Spiritual/Rohani
Emosi

Apa yang kita tampal ni akan selalu kita lihat. Apa yang selalu kita lihat, kita akan selalu sebut, dan seterusnya, sehinggalah ianya menjadi doa dan jadi kenyataan.

Ini sebenarnya ialah salah satu cara kita untuk memprogram minda separa sedar kita (mungkin anda ada cara yang lebih berkesan) untuk mempunyai goal atau sasaran yang harus dicapai.

Barulah sub-conscious mind kita bertindak selari dengan usaha kita.
Keinginan yang kuat memang boleh membuatkan kita akan mencapai hajat kita (dengan izin Allah)

 Emosi:
Contohnya bagi duit kat mak ayah rm1000/bulan.
VB ni salah satu cara untuk mengekalkan momentum kita untuk capai segala visi dan keinginan kita.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Shopping barang shaklee

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=60084854099521425281742d342410c9