Ibu-ibu mesti ingin tahu boleh ke kita (ibu-ibu)
menyusu semasa kita demam? Sebab ada yang bimbang mungkin bayi berjangkit demam
dari kita pula.
Tahukah sebenarnya kalian boleh meneruskan penyusuan
seperti biasa walaupun kita sedang mengalami demam biasa seperti panas badan,
batuk atau selsema.
Sekiranya demam yang dihidapi oleh ibu-ibu menyebabkan
badan terlalu lemah, maka ibu-ibu disarankan membuat pemeriksaan lanjut dari
doktor.
Secara fakta, penyusuan semasa si ibu mengalami demam
biasa tidak akan memudaratkan bayi dan tidak akan menyebabkan jangkitan kepada
bayi bahkan membantu bayi untuk menguatkan lagi sistem imunisasinya. Hal ini
kerana semasa demam, badan kita sedang menghasilkan antibodi untuk melawan
kuman jahat yang menyebabkan kita demam biasa itu.
Sel-sel antibodi yang dihasilkan tadi akan dipindahkan
ke dalam badan si comel kita. Maka, badan anak kita akan terlindung dari kuman-kuman
yang boleh menyebabkan demam ini.
Indah sungguh kan ciptaan susu ibu ini. Walaupun ibu
masih demam, ibu masih lagi menyalurkan nutrisi, keperluan bayi dan ubat kepada
bayi yang kita susui supaya si comel kita terus membesar secara sihat dan kuat.
8 tips penyusuan semasa ibu demam:
1) minum air dengan cara yang sangat banyak (lebih
daripada pengambilan harian)
2) makan pada tepat waktunya walaupun sekadar bubur
nasi.
3) elakkan makanan berminyak dan pedas kerana maknan
berminyak akan menyebabkan bada ibu memerlukan lebih banyak air untuk mencerna
makanan, jadi rizab air dalam badan ibu sedikit sebanyak akan terganggu.
4) meneruskan penyusuan seperti biasa
5) pam mengikut waktu dan jadual (usah skip, nanti
demand akan berkurang, lantas menyebabkan susu merudum)
6) dapatkan rehat yang berkualiti
7) amalkan pemakanan sihat dan berkualiti untuk
cepatkan penyembuhan
8) amalkan suplemen untuk terus membekalkan susu ibu
dengan nutrien yang secukupnya untuk bayi
Jika mahukan informasi lebih
lanjut berkenaan penyusuan, makanan tambahan yang sesuai bagi mama yang
menyusukan, amat dialu-alukan untuk mama hubungi saya di 013-2429532 atau tekan
link dibawah :
NURIAH MOHD
No comments:
Post a Comment