Saturday, January 14, 2017

Pengasas shaklee, Dr Forrest C Shaklee.



Shaklee ada sejarah yang panjang. Sebab tu produk dia hebat dan bertahan. Jomlah kita hayati sejenak tentang kisah pengasas Shaklee, Dr Forrest C Shaklee.

 Kisah Orang Hebat ~Dr. Forrest C.Shaklee



Siapa founder Shaklee? Terus terang saya pun tak berapa kenal, yang saya tahu dia seorang yang hebat. Tetapi lepas baca tentang Dr. Forrest ni, wahhh kisah hidup dia sangat mencabar.

Dr. Forrest C. Shaklee nama diberi dan kebiasaan orang yang hebat ini sejarah hidupnya juga memberi inspirasi.

Dr. Forrest C. Shaklee dilahirkan pada November 1894 dan ketika beliau dilahirkan beliau sudah mempunyai sakit. Beliau didiagnos menghidapi penyakit tuberculosis ataupun TB dan doktor mengatakan bahawa beliau tidak akan hidup lama.


Ibu bapa Dr. Forrest tidak berputus asa, mereka percaya dengan kebaikan semulajadi jadi, lalu mereka berpindah ke tempat yang tanahnya subur dan penuh dengan mineral dan nutrien.

Sebelum itu mereka tinggal di kawasan lombong arang batu. Hampa semua tau la macam mana tinggal kat kawasan macam tu, kan.

Untuk kebaikan si anak, mereka pun pindah sebab mereka percaya dengan makanan yang baik, udara
 yang segar serta rehat yang cukup dapat mengubati TB ataupun batuk kering.

Kesian kan daripada lahir dah sakit. Forrest menghabiskan waktu membesarnya dengan berusaha untuk sihat. Forrest seorang pemerhati dan pencinta alam kerana beliau suka memerhati alam sekitar.

Beliau kemudiannya bebas daripada TB ketika remaja tetapi kesihatan beliau masih lagi tidak begitu memuaskan. Forrest memerlukan lagi usaha untuk menjadi lebih sihat. Beliau mula bersenam dan mengkaji perhubungan antara kesihatan tubuh badan, nutrien, gaya hidup dan pemikiran. Salah satu pegangan beliau adalah fikiran positif.

Forrest sangat meminati bidang chiropractic dan beliau ingin mengubati orang ramai menggunakan bahan-bahan semulajadi. Pastukan, beliau mendaftar masuk ke Plamer School of Chiropractic dibawah kelolaan B.J Palmer.

Semasa beliau belajar disana, beliau sering melihat pesakit yang kurang nutrien ataupun terlebih (overfed). Beliau percaya yang kekurangan nutrisi boleh menyumbang ke arah sesuatu penyakit dan beliau semakin mengambil berat tentang kepentingan nutrisi dalam kehidupan seharian.

Pada tahun 1915 terhasilnya supplement pertama dunia iaitu Vitalized Minerals. Hasil kajian dan usahasama dengan saintis lain.  Kemudian Forrest mula aktif mengubati pesakit dan memastikan pesakitnya mengambil diet yang kaya dengan vitamin. Klinik beliau berjaya tetapi sekali lagi Forrest sakit dan disahkan kanser berpunca daripada terdedah pada X-ray.

Disebabkan itu tangan dan kaki kiri Forrest mungkin dipotong untuk mengelak daripada kanser itu merebak.

Siapa yang hendak kaki dan tangan kudung? Disebabkan ini Forrest yang ketika sudah berkeluarga mengambil keputusan untuk menjual kliniknya dan fokus untuk kembali sihat. Beliau percaya dengan fikiran yang positif serta pemakanan yang sihat.

Pada tahun 1922, sakit beliau menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh setelah setahun mengamalkan gaya hidup bergantung pada bahan semulajadi.Pada tahun 1924, Forrest sihat sepenuhnya dan membuktikan kepentingan nutrisi itu adalah penting kerana beliau sembuh daripada kanser dengan kuasa alam semulajadi.

 Beliau kembali aktif mengkaji dan menganalisis tentang kepentingan nutrisi. Beliau membuka kembali klinik dan merawat pesakit seperti dahulu dengan formulasi makanan tambahan yang beliau buat.

Satu demi satu kejayaan yang Forrest dapat dan kemudian bergabung tenaga dengan anak-anak untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan nutrisi. Pada 1 April 1956 Shaklee Corporation mula beroperasi menjual produk makanan tambahan dan setiap pelanggan akan diberi pemahaman tentang nutrisi sebelum mereka menjadi pelanggan kerana Dr. Forrest mahu semua orang sedar tentang kepentingan nutrisi.

Bak kata Dr. Forrest pada anak-anaknya " We'll teach some and they'll teach other".
Dengan itu bermula kisah Shaklee mengorak langkah didalam dunia supplemen sehingga terciptanya pelbagai jenis vitamin untuk kesihatan orang ramai.

Semangat Dr. Forrest semasa beliau disahkan menghidap penyakit kanser memang perlu dipuji kerana terus berpegang teguh pada kepercayaan beliau yang nutrisi yang betul akan menyembuhkan penyakit. Beliau tetap menjalankan kajian serta penyelidikan walaupun sedang sakit.
Setiap orang yang berjaya itu ada kisah mereka tersendiri, apa yang kita boleh pelajari daripadanya perlu kita sematkan dalam pemikiran kita.

Mereka berjaya sekarang tetapi bukan cara yang mudah banyak onak duri yang mereka tempuhi. Oleh itu kita juga perlu lebih bersemangat, marilah kita menyambung legasi Dr. Forrest dengan menyampaikan dan menyebarkan tentang kebaikan nutrisi dan tentang pencegahan.



Aim for healthy life ya!

Dr. Forrest C. Shaklee seorang yang cekal, bersemangat tinggi dan tidak mudah mengalah. Legasi beliau sedang diteruskan oleh ramai SID diseluruh dunia termasuklah kita. Bayangkan jika beliau sedih dan mengalah semasa disahkan kanser, padahal beliau sendiri doktor, beliau selalu membantu orang dan paling hebat, beliau telah mengeluarkan suplemen pertama pada masa itu!.
Tentu kita pun tidak kenal Shaklee pada hari ini!


 So, apa yang boleh kita ambik daripada kisah ni,

1. Kejayaan yang diperoleh biasanya melalui pengorbanan.
2. Nak buat apa pun, kena ada BIG WHY, kena ada aim nak capai apa dalam jangka masa tertentu.
3. Didikan Allah melalui pelbagai cara. Ujian yang Dia bagi pada kita adalah satu didikan sebenarnya. Supaya one day kalau menerima ujian lagi kita akan tahu macam mana nak atasi dengan cara lebih baik
4. Kita buat perkara yang baik, Allah tahu,suami restu. Jadi apa sahaja kata-kata negatif orang kepada kita, pekakkan saja
4. Jatuh tu biasa. Yang luar biasa ialah bagaimana kita bangkit daripada kejatuhan
5. Ada masalah?, sale tak laju?, anak2 downline macam-macam hal? →→KEMBALI KEPADA ALLAH

Sebenarnya banyak yang Allah ajar kita melalui kisah pengasas Shaklee sendiri. Tinggal lagi nak baca saja, atau nak ambik iktibar daripada kisah ini.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Shopping barang shaklee

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=60084854099521425281742d342410c9