Monday, January 9, 2017

10 tips Kejayaan Dunia & Akhirat



1) Orang yang berhenti tidak akan menang dan orang yang menang tidak akan BERHENTI.

Faham kan, selagi kita tak berjaya. Jangan berhenti usahakan ke arah kejayaan tu. Sama juga dengan bisnes. Alang-alang menyeluk pekasam biar smpai ke pangkal lengan okay!

2) Kita perlu berSUSAH dulu apabila mahukan perubahan.

Jadilah benih yang bernas. Seribu tahun dijemur panas, digetus binatang pun tetap ukuh timbuh jadi tunas.

Dalam bisnes ni, hati kena kuat na..Mai apa pun onak dan duri tetap pandang ke depan nu
Lihat kejayaan kita nanti, sebab tu kena ada big why kita sendiri.


3) Berfikir seperti JUARA..

Semua bermula dari minda positif kita,selagi kita dok pikiaq aku tak boleh selagi tu la tak berjaya. Redah saja.



4) Wajib ada keazaman dan tekad yang tinggi.

Bisikkan dalam diri kita bahawa kita semua boleh berjaya. Jangan toleh ke belakang dan tunduk kebawah lagi. Fikirkan kejayaan yang bakal kita dapat nanti.

5) Fokus pada pintu GOAL kita..

Jangan menyimpang satu inchi pun kalau nak berjaya. Orang yang berjaya dlm hidup punyai tujuan yang JELAS dan sentiasa fikir jalan ke arah kejayaan tu, so fokus pada jalan kita.

6) Jangan BERTANGGUH..

Orang yang selalu bertangguh kerja ni selalu lenguh. Lambat capai misi dn visi dia..

Janganlah engkau berlengah-lengah  lagi apabila sudah tiba masa melakukannya ~ sayyida Ali

7) Ingat MASA ITU EMAS..

Kita tak dapat nak putar balik masa yang dah berlalu, kita tak dpt nikmati keindahan dan kebaikan waktu itu tanpa bersungguh-sungguh melakukannya.

8)Sentiasa BERMUHASAHA DIRI..

Setiap apa yang kita telah lakukan, kena buat follow up. yang lompang2 tak kena caranya tu kena perbaiki okay

9) Meniru untuk berjaya..

Kena kena follow mentor atau orang yang dah berjaya kalau kita pun nak berjaya..

Selalu org yang berjaya ni dah makan asam garam dari kita. Tahu dah rencah kehidpan macam mana, nak berbisnes, follow mentor-mentor hebat dalam bisnes. Follow upline leader.
InsyaAllah kejayaan menanti kita.

10) Sentiasa bersyukur..berdoa dan bertawakal kepada Sang Pencipta yakni Allah S.W.T.

Ingat, segalanya milik Allah..apa-apa pun kena mohon dariNya..
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Shopping barang shaklee

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=60084854099521425281742d342410c9