Tuesday, December 20, 2016

4 Tahap Rezeki

EMPAT TAHAP REZEKI


1. Tahap pertama. Yang tidak dibiarkan Allah. Contohnya makanan, minuman, udara, air, api.

“Tidak suatu binatang pun (termasuk manusia) yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya.” (Hud : 6)


2. Tahap kedua. Yang tidak berhenti berusaha. Man jadda wajada. Siapa berusaha, dia akan mendapat hasilnya.

“Tidaklah manusia mendapat apa-apa kecuali apa yang telah dikerjakannya.” (An-Najm : 39)


3. Tahap ketiga. Yang sentiasa bersyukur. Bukan hanya pada lafaz, tetapi juga pada perbuatan.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu, 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.'" (Ibrahim : 7)



4. Tahap keempat. Yang bertaqwa.

"... dan sesiapa bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), Allah pasti akan memberikannya jalan keluar (daripada kesulitan). Serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri sepenuhnya kepada Allah, pasti Allah akan mencukupkan keperluannya (cukuplah Allah baginya), sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah menentukan kadar dan masa bagi setiap ketentuan itu berlaku." (At-Talaq : 2 & 3)

Tulisan oleh Puan Zuryati Isa

posted from Bloggeroid

Saturday, December 17, 2016

Luka pesakit diabetes semakin pulih

Hujung Mac 2016 yang lalu, Ayah Master Farihah, kakinya terkena jangkitan kuman. Membengkak dan menakutkan. Lama-kelamaan muncul nanah dari bawah kulit. Awal April, ayahnya terpaksa menjalani minor surgery membuang nanah dan tinggallah "lompong telaga" di atas kaki ayah. Keyakinan ayah & kami cukup kuat untuk ayah sembuh kembali.

Beliau melabur. Beribu ringgit untuk Supplemen ayah disamping ubat hospital yang mereka teruskan seperti arahan

Vivix
Omega
Vitamin C
Zink
B complex
Nutriferon
ESP
Mealshakes

Ayah beliau patuhi regime diet dan Suplemen Shaklee yang yang kami aturkan. Rehat, usaha, doa dan percaya, semuanya akan baik. Selepas sebulan, "lompang telaga" di kaki ayah beliau beransur cetek dan akhirnya isi merah menutupi keseluruhannya.



Sebenarnya, dengan usia ayah yang sudah pun 71 tahun lebih. Doktor jangkakan, luka ini mengambil masa lebih 6 bulan untuk pulih. Minimum 6 bulan atau lebih. Tetapi, Alhamdulillah, dengan izin Allah, Shaklee membantu ayahnya untuk pulih lebih cepat. 3 bulan sahaja.

Alhamdulillah
posted from Bloggeroid

Friday, December 16, 2016

Ex perokok tegar berjaya jimat 1K setelah berhenti

Saya mahu kongsikan satu kisah berkenaan Encik Amirul. Encik Amirul ni leader Shaklee di Surijunior. Join sebab Shaklee telah bantu dia bebas dari rokok. Bebas! Bebas sepenuhnya. Bagaimana? Jom kita baca :)

--------------

Nama saya Mohd Amirul Azeyady bin ramzi, berasal dari Seremban negeri Sembilan dan masih bekerja dengan MAS. Tahun ni Alhamdulilah, masih kekal sweet 27 haa...


Masih segar dalam ingatan, saya
berkecimpung sebagai perokok tegar, masa baru masuk tingkatan 1. Jiran saya merangkap kawan baik yang mengajak saya. Sebab dia lah buat jahat sama-sama buat 'baik' pun same, tapi kahwin sorang-sorang. 

Biasalah budak lelaki, konon nak lain dari orang lain, tu yang nak tunjuk ' pandai', pegi lah cuba hisap rokok, tetapi masa tu tak sedut pun, main kemam-kemam dalam mulut je pasal tak sedap pun rokok ni weh!!

Masa sekolah biasa saya masih tak bergiat aktif dalam bidang merokok ni sangat. Tetapi apabila masuk teknik, duduk asrama, itu tocang sudah naik lah. Kawan- kawan segala macam peel ada. Masa tu baru lah saya boleh jadi kira pangkat rookie lah bab merokok ni.


Selepas itu, semasa belajar dekat Miri, saya memang penjual rokok kat asrama. Kira memang kenal lah muka ni memang muka pusher. Masyuk jangan cakap lah, Sepanjang saya kat sana, tak ada mintak duit kat keluarga, siap boleh jalan2 Sabah pakai duit jual rokok. Lagi-lagi badan memang kecik, jadi memang ketua organisasi la bab fly asrama belikan senior rokok, hahaha..

Saya ni anak shaklee Master Fahana, sebenar nye sebab berhenti merokok ni lah saya masuk shaklee. Saya follow die dari die jual kerepek, sampai jual shaklee, then die ade share pasal vivix boleh buat berhenti merokok, macam berminat, tapi buat tak tau je mula2. Dipendekkan cerita,setelah fikir masak-masak, saya pun beli la Vivix dari Master Fahana.

Kalau nak tau, saya ni dulu sangat-sangat lah kurus. Memang keding dulu, macam-macam name ade; Tom kurus, Cikeding, Papan. Kalau ade sekatan jalan raya (roadblock) polis kerjasama AADK tu, tak payah suruh, saya sendiri berhenti tepi. Memang dah tau kene urine punya, bayang kan sampai umur 24 25, berat tidak lebih 46 kg.


Saya mula makan Vivix January 2015, tetapi kesan dia bukan lah terus langsung tak nak merokok. Benda pertama yang jadi kat saya esok nya macam berkahak sikit lah. Badan terkejut agaknya, apahal tetiba benda sihat masuk badan. Selepas itu lama-lama bile saya terus kan Vivix ni, saya rasa rokok marlboro saya yang selama ni lemak berkrim, jadi kelat. Ok saya tukar, hisap menthol pulak.

Saya tanya lah kat kak ana, apa nak lepas habis Vivix ni?? Rokok kelat tetapi ketagih masih ada. Tetapi saya tahan, sebab hisap pun tak gune, tak sedap macam dulu. Kak ana, cadangkan saya ambil DTX Complex.


Semasa ambik DTX Complex tu yang jiwa kacau jadinya. Muka sikit punya jambu, tetiba jerawat naik sana sini. Ketiak tak pernah berbau, asal berpeluh je, Ya Allah, biar lah aku sorang ja yang bau 😂😂 Kesan detoks dia sangat hebat. Toksin keluar untuk tubuh dibersihkan.



Alhamdulilah sangat-sangat bila masuk tahun ni, dah dekat nak 2 tahun saya resign jadi penagih tembakau. Jerawat ikut kecut sebab lepas tu saya ambik Vita C pula. So tu lah detik-detik saya mula sayang Shaklee ni. 


Sebab banyak saya dah jimat sangat-sangat. Saya perokok yang memang tahap tegar puaka. Sehari memang sekotak setengah wajib. Bayang kan sekarang Marlboro sekotak 17 ringgit rase nye :

(17  8.50) x 30 = RM765 saya dah jimat sebulan



Nak berhenti merokok, hati kena cekal. Kawan-kawan pula sengaja main hembus kat kita. Nak dilempang, kawan. Tak dilempang, makin menjadi-jadi. haaa


Nasihat saya pada anda yang bertekad nak berhenti merokok :

1. Minum banyak air putih / air masak

2. Sediakan gula-gula untuk gantian rokok terutama lepas makan 

3. Alihkan tumpuan atau sibuklah diri semasa dalam tandas dan selepas makan. sebab ini 2 waktu yang sangat sesuai untuk merokok. Kalau boleh stop 2 waktu ni, insyaAllah anda akan berjaya

4. Kurangkan aktiviti luar / berhenti melepak dengan kawan-kawan dulu

5. Kerapkan mandi 

6. Konsisten untuk ambil Vivix 2 sudu sehari dan DTX Complex 4 biji sehari.

Merokok ni bukan sahaja merugikan malah, ianya haram kerana kita sengaja membinasakan tubuh.


------------------------
Itulah luahan dan cerita daripada Amirul yang telah berjaya berhenti merokok. Alhamdulillah . Saya tahu bukan mudah tapi ianya tidak pernah mustahil jika ada kemahuan. Amirul sekarang sudah pun juga berjaya membantu rakan-rakannya untuk berhenti merokok.

Dan ini adalah asbab yang menyebabkan Amirul terlalu sayangkan Shaklee dan merasakan kehebatan produk Shaklee perlu dihebahkan. Tanpa berlengah, Amirul menjadikan perkongsian Shaklee sebagai sesuatu yang serius yang bisnes Shaklee kini adalah side incomenya.

Amirul telah berjaya mendapatkan 4 angka income bulanan dan telah bergelar Senior Supervisor. Alhamdulillah. Badan sihat, duit jimat, income pulak bertambah-tambah !

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 27, 2016

B complex


FUNGSI VITAMIN B COMPLEX

  1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
  3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  6. Mencegah stress.
  7. Menguatkan antibodi tubuh.
  8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  11. Mencegah anemia.

Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :

Monday, April 25, 2016

Omega Guard, si minyak tulen


Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tub
uh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

Friday, April 22, 2016

8 Tips untuk turunkan berat badan secara sihat

Antara tips untuk turunkan berat badan secara sihat ialah;
1. AMBIL 5 HIDANGAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN SEGAR SETIAP HARI
2. MAKAN TIGA HIDANGAN SEHARI
3. AMBIL PROTEIN YANG CUKUP
4. KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK
5. KURANGKAN PENGUNAAN GULA PUTIH
6. KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN
7. MINUM 3-4 LITER AIR PUTIH SEHARI
8. MAKAN DENGAN TERATUR DAN JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG
Untuk dapatkan nasihat pemakanan seimbang dan diet yang berkesan, hubungi saya sekarang

Thursday, April 21, 2016

Fakta Tentang Omega Guard Shaklee Yang Anda Perlu Tahu

1. Minyak Omega-3 dalam OmegaGuard Shaklee diesktrak daripada ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan daripada minyak hati ikan (cod liver oils) yang mengandungi toksik.

3. Omega-3 dalam OmegaGuard Shaklee mengandungi 3 kali lebih ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega-3 di pasaran kerana OmegaGuard Shaklee adalah minyak ikan omega-3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 serving (3 kapsul) OmegaGuard Shaklee membekalkan 990mg asid lemak omega-3, 540mg EPA dan 360mg DHA.

6. OmegaGuard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini.
7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak omega-3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.



12 Tanda Badan Perlu Detoks!


1. SEMBELIT DAN SUKAR NAK MEMBUANG
Tak kira lelaki atau perempuan. Walaupun anda berbadan kurus, jangan terkejut jika anda mempunyai masalah untuk membuang. Bila sembelit berlaku, toksin makin banyak diskmpan dalam badan tanpa kita sedar.
2. BERAT BADAN SUSAH NAK TURUN
Macam-macam produk kurus dah makan, tapi tak kurus-kurus. AWAS! Ia petanda anda perlu detox.
3. JERAWAT DAN RUAM BERLELUASA
Toksin yang banyak menyebabkan jerawat mudah muncul. Sama ada di wajah atau dia belakang badan.

Wednesday, April 20, 2016

8 Tips Langsing Bakal Pengantin

Untuk anda yang bakal bergelar raja sehari, boleh amalkan tips pemakanan ini untuk dapat tubuh kekal langsing semasa di pelamin nanti.
1. Memilih makanan daripada bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. 
Sebolehnya, elakkan daripada makanan yang digoreng dan berlemak.
3. Tambahkan makanan yang berserat.

Tuesday, April 19, 2016

10 Sebab Perlu Detoks?


1. Buang toxin dari dalam badan.

Pendedahan jangka panjang toxin (bahan cemar alam sekitar, bahan kimia, pengawet, racun perosak, logam berat dan sisa buangan industri) menjejaskan metabolisme, tingka laku, sistem imun dan menyebabkan penyakit. Toxin ini tersimpan dalam badan melalui tisu dan sel-sel di seluruh tubuh termasuk otak selama bertahun-tahun (mengikut umur anda).

2. Mencegah penyakit kronik.

Toxin ini menjadi penyebab kepada penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan banyak lagi. Badan kita juga berfungsi untuk membuang toxin untuk menjadikan badan kita sihat walaubagaimanapun sistem dalam badan kita telah “overload” dan tidak mampu untuk membuang kesemua toxin ini. Ini menyebabkan pelbagai komplikasi dalam badan yang membawa kepada penyakit.

Detoks membantu dan meningkatkan keupayaan badan kita untuk menyingkirkan toxin secara semulajadi.

3. Meningkatkan fungsi sistem imun.

Badan kita mempunyai sistem imun yang berfungsi untuk melawan penyakit. Detoks membantu badan untuk berfungsi dengan baik.

Friday, April 15, 2016

1001 BAHAYA Teman Baik Surirumah

Kenapa saya menyarankan setiap rumah mesti memiliki sekurang-kurangnya 1 botol Basic-H?  Kerana ia mempunyai 1001 macam kebaikan. Basic-H juga dapat membantu kita di kala kecemasan sebelum kita berjumpa dengan doktor atau pakar bagi mendapat rawatan lanjut.

Berikut adalah antara 1001 kegunaan Basic-H:

1. Menghapuskan kutu di atas kepala.
 Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas 
 Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

 3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya.

 Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga.

Thursday, April 7, 2016

Nak Jadi Ahli?

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee

Anda boleh mendaftar dengan membuat yuran pembayaran sebanyak RM65 atau pun membuat pembelian melebihi point (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke cawangan Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 1130969 sebagai sponsor/upline.


Pendaftaran ialah RM80. Anda akan mendapat kit ahli yang mengandungi terma-terma Shaklee, senarai harga belian, resit Shaklee, Manual Bisnes Shaklee dan beberapa lagi edaran. Keahlian bersama suami. Yuran keahlian hanya perlu dibayar sekali seumur hidup dan tiada yuran pembaharuan keahlian tahunan.

Thursday, March 10, 2016

Si soya yang mengancam


ESP atau nama panjangnya  Energy Soy Protein ( Protein Tenaga Soya). Lebih dinekali sebagai ESP. ESP merupakan protein soya yang berkualiti tinggi yang dihasilkan pada suhu rendah bagi menjaga kualiti protein soya. Dalam 1 kanister ESP mengandungi 850g yang dihasilkan daripada 30kg soya yang bukan GMO (non-GMO). ESP didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk.



Siapa yang perlukan ESP?


Wednesday, January 20, 2016

Kolesterol, HDL, LDL dan Trigliserida

Kebiasaanya 3 bacaan asas akan di berikan oleh doktor (jika di KKM) iaitu :

1) bacaan paras kolesterol

2) bacaan ALT (liver function test) 

3) bacaan Trigliserida.

1) Bacaan paras kolesterol ialah untuk mengetahui sama ada paras kolesterol dalam darah anda berada di paras selamat atau tinggi, bacaan biasanya terbahagi kepada 2 iaitu high-density lipoprotein cholesterol (HDL) dan low-density lipoprotein cholesterol (LHL).

Normal bacaan untuk Paras kolesterol ialah 5.2mg/dl dengan bacaan LDL tidak melebihi 2.6mg/dl dan HDL tidak kurang 1.0mg/dl.





Tuesday, January 19, 2016

Kisah Kolesterol Jahat - Low density lipoproteins (LDL)




Low Density Lipoproteins juga dikenali sebagai (LDL) atau kolesterol jahat kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk melekat di dinding arteri.

Hal ini menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolesterol. 

Menurunkan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.

Adakah menurunkan kolesterol LDL mencegah penyakit jantung koronari?

Menurunkan Kolesterol LDL akan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Dalam keadaan tertentu, pengambilan ubat-ubatan akan disarankan untuk pencegahan sekunder pada pesakit yang pernah diserang penyakit jantung.

Ia juga untuk pencegahan primer, iaitu pada mereka yang mempunyai faktor risiko penyakit jantung koronari.



Selain ubat-ubatan, melakukan perubahan gaya hidup tertentu seperti bersenam secara teratur, mengikut diet yang rendah lemak tepu dan kolesterol, menurunkan berat badan berlebihan dapat membantu menurunkan paras kolesterol.

Kolesterol juga boleh diturunkan dengan pengambilan Omega Guard.




Banyak lagi kelebihan Omega Guard yang lain. Nantikan post terbaru dari saya.

Salam sayang,
Nuriah
013 2429532




Monday, January 18, 2016

Konsep berpantang


Nak sembang-sembang? konsultasi? 
1. PM page  Butik Jelitawan di Butik Jelitawan
2.PM personal fb saya, Nuriah Mohd
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 013-2429532 Nuriah Shaklee Independent Distributor [1130969] 
 4. Email nuriah.abdulrahman87@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari kami sahaja! Khas untuk 10 terawal. 

Jom jadi ahli dengan Awesome Stars Team !

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.


Sunday, January 17, 2016

Kisah PANJANG! Kejayaan – VIVIX


Baca habis untuk testimoni best ini!

Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk. Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout.

Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama. Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout. Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja. Keadaannya semakin teruk disebakan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.

Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema. Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau. Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya.

Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata. “Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.” Jawap saya - InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah - jawab saya.

Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM400+. Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni.

Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah. Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring. Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain. Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.






Shopping barang shaklee

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=60084854099521425281742d342410c9