Gemuk adalah punca kepada macam-macam masalah. Obsesi menurunkan berat badan atau melangsingkan bukan sekadar untuk tujuan kosmetik tapi lebih penting dari itu, untuk kesihatan diri.
Hari ni saya nak kongsikan kisah pengguna Shaklee yang berjaya turun 30kg! 30 tau. Banyak tu! Bukan setakat 3kg.
Ok Jom baca pengalaman Isma
========
Dari kecik sampai dewasa,saya tak pernah kurus. Lahir pun 3.8kg. Perkataan kurus tu tiada dalam kamus hidup dan mustahil untuk saya.
Sampai lepas kahwin, Ada 3 sebab yang membuatkan saya nak kurus :
1. Saya belum ada anak setelah 3 tahun berkahwin
2. Ayah terkena kanser prostat
3. Berat saya naik 15kg lepas kahwin (70kg ke 85kg)
Gemuknya masa tu memang melampau, sampai terpaksa pinjam seluar suami ! Saya mula diet cara saya. Cuba kawal Makan dan work out. Pergi Sit Up, Berbasikal, Jogging, Berlari dan lain-lain. Saya tak pernah putus asa. Saya mesti kurus.
Macam-macam kata-kata orang yang saya telan walaupun pedih. Disindir merancang taknak anak, gemok dan macam-macam lagi. Saya senyumkan saja.
Saya juga pernah berdekah-dekah digelakkan di Gym bila saya terbalik gedebuk! Jatuh! Masa buat sit up. Digelakkan lagi bila jatuh masa berlari di threadmill. Ambitious sangat pi set nak lari laju.
Lepas kena gelakkan , saya kumpul duit dan beli sendiri.💪