Ini kisah inspirasi yang kita jarang-jarang dengar dan malah mungkin tidak percaya akan keajaibannya. Ini kisah Cikpuan Shima. Berikut kisahnya yang diceritakan dalam group USB 2 (Use-Share-Build). Olahan ejaan dibuat agar membolehkan pembaca lebih mudah memahami dengan lebih mudah dan kontennya masih tidak berubah.
_____________________________________Saya perkenal diri, nama saya Nazha. Boleh panggil saya Nazha.
Shaklee dengan background sakit ni memang tidak boleh berpisah. Sebenarnya dulu masa bayi saya lahir tidak cukup bulan. Dah nama pun tidak cukup bulan ni faham-faham jelah. Macam-macam masalah. Salur ke jantung saya tidak tutup rapat masa itu. Jantung saya pula macam ke kanan sedikit. Saya tidak tahu apa istilah doktor sebut. Sebab pernah dengar mereka sebut kes ni 1 dalam 1000. Jantung orang normal belah kiri, tetapi saya senget ke kanan. Usus saya pula pendek. Masa lahir tidak ada lubang anus. Doktor terpaksa tebuk lubang di perut untuk saya membuang (semasa bayi). Dulu bedah jantung pakar dari India datang bedah kt IJN mak beritahu. Memang saudara mara semua jangka nyawa saya tidak panjang. Saya ada Dextrocardia, Patent Ductus Ateriosus (PDA), Imporate Anus. Doktor-doktor tahu kot. Hehe. Ni istilah saya tanya adik saya doktor.
Dipendekkan cerita, 2 bulan lepas klimaks kisah saya. Sebelum itu alhamdulillah saya hidup macam orang normal yang lain. Tetapi 2 bulan lepas saya mula pengsan-pengsan. Pitam-pitam semua. Masa pitam tu memang peluh banyak. Banyak sangat peluh macam orang mandi. Walaupun duduk depan kipas tapi pelik. Peluh tidak berkurang langsung. Selepas once dah peluh dia tangkap kepala. Sakitnya Allah yang tahu. Nak muntah sesak nafas semua ada masa itu. Memang kena tidur je penyelesaian dia.











