Tuesday, April 3, 2018

Menyusu Semasa Demam. Boleh ke?

Ibu-ibu mesti ingin tahu boleh ke kita (ibu-ibu) menyusu semasa kita demam? Sebab ada yang bimbang mungkin bayi berjangkit demam dari kita pula.


Tahukah sebenarnya kalian boleh meneruskan penyusuan seperti biasa walaupun kita sedang mengalami demam biasa seperti panas badan, batuk atau selsema.


Sekiranya demam yang dihidapi oleh ibu-ibu menyebabkan badan terlalu lemah, maka ibu-ibu disarankan membuat pemeriksaan lanjut dari doktor.


Secara fakta, penyusuan semasa si ibu mengalami demam biasa tidak akan memudaratkan bayi dan tidak akan menyebabkan jangkitan kepada bayi bahkan membantu bayi untuk menguatkan lagi sistem imunisasinya. Hal ini kerana semasa demam, badan kita sedang menghasilkan antibodi untuk melawan kuman jahat yang menyebabkan kita demam biasa itu.


Sel-sel antibodi yang dihasilkan tadi akan dipindahkan ke dalam badan si comel kita. Maka, badan anak kita akan terlindung dari kuman-kuman yang boleh menyebabkan demam ini.


Indah sungguh kan ciptaan susu ibu ini. Walaupun ibu masih demam, ibu masih lagi menyalurkan nutrisi, keperluan bayi dan ubat kepada bayi yang kita susui supaya si comel kita terus membesar secara sihat dan kuat.



8 tips penyusuan semasa ibu demam:
1) minum air dengan cara yang sangat banyak (lebih daripada pengambilan harian)
2) makan pada tepat waktunya walaupun sekadar bubur nasi.


3) elakkan makanan berminyak dan pedas kerana maknan berminyak akan menyebabkan bada ibu memerlukan lebih banyak air untuk mencerna makanan, jadi rizab air dalam badan ibu sedikit sebanyak akan terganggu.
4) meneruskan penyusuan seperti biasa
5) pam mengikut waktu dan jadual (usah skip, nanti demand akan berkurang, lantas menyebabkan susu merudum)
6) dapatkan rehat yang berkualiti
7) amalkan pemakanan sihat dan berkualiti untuk cepatkan penyembuhan
8) amalkan suplemen untuk terus membekalkan susu ibu dengan nutrien yang secukupnya untuk bayi


Jika mahukan informasi lebih lanjut berkenaan penyusuan, makanan tambahan yang sesuai bagi mama yang menyusukan, amat dialu-alukan untuk mama hubungi saya di 013-2429532 atau tekan link dibawah :

NURIAH MOHD 

No comments:

Post a Comment

Shopping barang shaklee

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=60084854099521425281742d342410c9