Showing posts with label vivix. Show all posts
Showing posts with label vivix. Show all posts

Friday, March 16, 2018

Ibu muda anak 3 hilang cyst dan hidupnya berubah 180 darjah selepas itu

Ini kisah kepayahan, ujian dan kesungguhan seorang wanita yang bernama Min yang telah berjuang demi cyst dan sembuh lalu bertekad membantu orang lain turut sembuh.
_____________________________________________________________________


Min perkenal sikit pasal diri Min na..

Ibu pada 3 orangg cahaya mata..
Berumur 25 tahun.


Macam mana Min kenal Shaklee?



2 tahun lepas. Min disahkan mempunyai cyst. Sebelum itu,Min nak beritahu yang semasa Min kenal Shaklee, Min merupakan seorang ibu tunggal. Orang cakap janda muda, baru umur 19 ketika jadi janda., tiada jodoh orang cakap. Tetapi sebab kisah silam itu la Min kuat.Demi anak-anak Min sanggup cari duit lebih, kadang tidur sehari 3-4 jam sahaja.



Sampai la bulan 7/2015 Min mula lihat pos-pos Mamareen, kakak angkat Min di wall facebook.Dan dalam masa tu juga Min sedang menderita sebab cyst. Disebabkan cyst perut Min buncit. Disebabkan cyst apabila period,darah period jadi banyak, macam tumpah darah, stop 7-15hari lepas itu dia akan datang lagi. 



Sebab cyst,Min jadi malu. Dahlah , tak lawa pula. Yela, tidak cukup tidur. Stress memang akan jadi kusam. Bulan 8 tergerak hati nak cuba set kurus Shaklee. Min pi cari rumah kak reen tengah-tengah malam. Masa tu baru dapat gaji, tetapi disebabkan ada anak-anak,nak bayar rumah sewa,pampers pagi, Min hanya mampu ambik set bajet Shaklee..ALFALFA,LECITHIN,HERBALEX..


Thursday, March 15, 2018

Vivix si merah

Vivix ni antara produk shaklee yg terhangat di pasaran. Saya explain sikit ape itu vivix..
Vivix ni salah satu revolusi terbaru dari Shaklee.



Antara term2 yg ade dlm vivix;
- Polifenol
- Resveratrol
- Anti-aging

Apa rasa vivix..?
Masam manis. Apabila minum tu rasa macam makan anggur..tiba-tiba rasa macam tengah gigit buah blueberry.

Bahan-bahan utama vivix ade 4:
1) Muscadine Grape
- mengandungi asid ellagik dlm kepekatan yg tinggi
- mempunyai ciri utk menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria

Monday, January 23, 2017

Sembuh Kanser Asbab VIVIX

Ini kisah bagaimana Noor dari Negeri Sembilan mula terjebak dengan Shaklee
=========================================

Mula mula supplenent yang saya ambil ialah OSTEMATRIX pada tahun 2014. Itu pun anak buah (Nurul Farhanna ) kenalkan kalsium shaklee. Disebabkan saya mengidap lenguh badan dan sakit sendi terutama di lutut. Alhamdulillah. Ostematrix banyak membantu.


Ada hikmah di sebalik saya dapat kanser. Ini masa saya buat chemo di prince court medical centre
Farhanna ada cerita dengan saya. Ada suplemen shaklee yang power lagi. Bagus untuk kanser...
Tapi mahal sikit.Namanya Vivix. Sejenis cecair ..minum 1 ke 2 sudu kecil setiap hari. Boleh tahan dalam 2 bulan. Harganya ketika itu rm 300++ tahun 2014. Termenung saya sekejap memikirkan harganya. Dalam hati cakap, tak ape lah. Saya buat sendiri jus buah lah. Saya beli juicer. Harga offer rm249.

2 hari sekali saya buat jus. Carrot + orange+ green apple + cucumber. Buat sekali banyak dapat lah 2 botol mineral yg 600ml. 9 bulan juga lah akak buat jus. Lepas tu dah malas dah. Fikir punya pikir...
Saya terbuka hati nak beli vivix. Masa tu 2015 bulan 3. Saya terus call farhanna. Automatic jadi ahli.
Bermula lah saya dengan tonik vivix. Satu hari ambil 2 kali.


Sunday, January 8, 2017

Menderita dengan Dextrocardia, Patent Ductus Ateriosus (PDA), Imporate Anus, Akhirnya Temui Sinar Bahagia



Ini kisah inspirasi yang kita jarang-jarang dengar dan malah mungkin tidak percaya akan keajaibannya. Ini  kisah Cikpuan Shima. Berikut kisahnya yang diceritakan dalam group USB 2 (Use-Share-Build). Olahan ejaan dibuat agar membolehkan pembaca lebih mudah memahami dengan lebih mudah dan kontennya masih tidak berubah.
_____________________________________

Saya perkenal diri, nama saya Nazha. Boleh panggil saya Nazha. 

Shaklee dengan background sakit ni memang tidak boleh berpisah. Sebenarnya dulu masa bayi saya lahir tidak cukup bulan. Dah nama pun tidak cukup bulan ni faham-faham jelah. Macam-macam masalah. Salur ke jantung saya tidak tutup rapat masa itu. Jantung saya pula macam ke kanan sedikit. Saya tidak tahu apa istilah doktor sebut. Sebab pernah dengar mereka sebut kes ni 1 dalam 1000. Jantung orang normal belah kiri, tetapi saya senget ke kanan. Usus saya pula pendek. Masa lahir tidak ada lubang anus. Doktor terpaksa tebuk lubang di perut untuk saya membuang (semasa bayi). Dulu bedah jantung pakar dari India datang bedah kt IJN mak beritahu. Memang saudara mara semua jangka nyawa saya tidak panjang. Saya ada Dextrocardia, Patent Ductus Ateriosus (PDA), Imporate Anus. Doktor-doktor tahu kot. Hehe. Ni istilah saya tanya adik saya doktor.


Dipendekkan cerita, 2 bulan lepas klimaks kisah saya. Sebelum itu alhamdulillah saya hidup macam orang normal yang lain. Tetapi 2 bulan lepas saya mula pengsan-pengsan. Pitam-pitam semua. Masa pitam tu memang peluh banyak. Banyak sangat peluh macam orang mandi. Walaupun duduk depan kipas tapi pelik. Peluh tidak berkurang langsung. Selepas once dah peluh dia tangkap kepala. Sakitnya Allah yang tahu. Nak muntah sesak nafas semua ada masa itu. Memang kena tidur je penyelesaian dia. 

Friday, December 16, 2016

Ex perokok tegar berjaya jimat 1K setelah berhenti

Saya mahu kongsikan satu kisah berkenaan Encik Amirul. Encik Amirul ni leader Shaklee di Surijunior. Join sebab Shaklee telah bantu dia bebas dari rokok. Bebas! Bebas sepenuhnya. Bagaimana? Jom kita baca :)

--------------

Nama saya Mohd Amirul Azeyady bin ramzi, berasal dari Seremban negeri Sembilan dan masih bekerja dengan MAS. Tahun ni Alhamdulilah, masih kekal sweet 27 haa...


Masih segar dalam ingatan, saya
berkecimpung sebagai perokok tegar, masa baru masuk tingkatan 1. Jiran saya merangkap kawan baik yang mengajak saya. Sebab dia lah buat jahat sama-sama buat 'baik' pun same, tapi kahwin sorang-sorang. 

Biasalah budak lelaki, konon nak lain dari orang lain, tu yang nak tunjuk ' pandai', pegi lah cuba hisap rokok, tetapi masa tu tak sedut pun, main kemam-kemam dalam mulut je pasal tak sedap pun rokok ni weh!!

Masa sekolah biasa saya masih tak bergiat aktif dalam bidang merokok ni sangat. Tetapi apabila masuk teknik, duduk asrama, itu tocang sudah naik lah. Kawan- kawan segala macam peel ada. Masa tu baru lah saya boleh jadi kira pangkat rookie lah bab merokok ni.


Selepas itu, semasa belajar dekat Miri, saya memang penjual rokok kat asrama. Kira memang kenal lah muka ni memang muka pusher. Masyuk jangan cakap lah, Sepanjang saya kat sana, tak ada mintak duit kat keluarga, siap boleh jalan2 Sabah pakai duit jual rokok. Lagi-lagi badan memang kecik, jadi memang ketua organisasi la bab fly asrama belikan senior rokok, hahaha..

Saya ni anak shaklee Master Fahana, sebenar nye sebab berhenti merokok ni lah saya masuk shaklee. Saya follow die dari die jual kerepek, sampai jual shaklee, then die ade share pasal vivix boleh buat berhenti merokok, macam berminat, tapi buat tak tau je mula2. Dipendekkan cerita,setelah fikir masak-masak, saya pun beli la Vivix dari Master Fahana.

Kalau nak tau, saya ni dulu sangat-sangat lah kurus. Memang keding dulu, macam-macam name ade; Tom kurus, Cikeding, Papan. Kalau ade sekatan jalan raya (roadblock) polis kerjasama AADK tu, tak payah suruh, saya sendiri berhenti tepi. Memang dah tau kene urine punya, bayang kan sampai umur 24 25, berat tidak lebih 46 kg.


Saya mula makan Vivix January 2015, tetapi kesan dia bukan lah terus langsung tak nak merokok. Benda pertama yang jadi kat saya esok nya macam berkahak sikit lah. Badan terkejut agaknya, apahal tetiba benda sihat masuk badan. Selepas itu lama-lama bile saya terus kan Vivix ni, saya rasa rokok marlboro saya yang selama ni lemak berkrim, jadi kelat. Ok saya tukar, hisap menthol pulak.

Saya tanya lah kat kak ana, apa nak lepas habis Vivix ni?? Rokok kelat tetapi ketagih masih ada. Tetapi saya tahan, sebab hisap pun tak gune, tak sedap macam dulu. Kak ana, cadangkan saya ambil DTX Complex.


Semasa ambik DTX Complex tu yang jiwa kacau jadinya. Muka sikit punya jambu, tetiba jerawat naik sana sini. Ketiak tak pernah berbau, asal berpeluh je, Ya Allah, biar lah aku sorang ja yang bau 😂😂 Kesan detoks dia sangat hebat. Toksin keluar untuk tubuh dibersihkan.



Alhamdulilah sangat-sangat bila masuk tahun ni, dah dekat nak 2 tahun saya resign jadi penagih tembakau. Jerawat ikut kecut sebab lepas tu saya ambik Vita C pula. So tu lah detik-detik saya mula sayang Shaklee ni. 


Sebab banyak saya dah jimat sangat-sangat. Saya perokok yang memang tahap tegar puaka. Sehari memang sekotak setengah wajib. Bayang kan sekarang Marlboro sekotak 17 ringgit rase nye :

(17  8.50) x 30 = RM765 saya dah jimat sebulan



Nak berhenti merokok, hati kena cekal. Kawan-kawan pula sengaja main hembus kat kita. Nak dilempang, kawan. Tak dilempang, makin menjadi-jadi. haaa


Nasihat saya pada anda yang bertekad nak berhenti merokok :

1. Minum banyak air putih / air masak

2. Sediakan gula-gula untuk gantian rokok terutama lepas makan 

3. Alihkan tumpuan atau sibuklah diri semasa dalam tandas dan selepas makan. sebab ini 2 waktu yang sangat sesuai untuk merokok. Kalau boleh stop 2 waktu ni, insyaAllah anda akan berjaya

4. Kurangkan aktiviti luar / berhenti melepak dengan kawan-kawan dulu

5. Kerapkan mandi 

6. Konsisten untuk ambil Vivix 2 sudu sehari dan DTX Complex 4 biji sehari.

Merokok ni bukan sahaja merugikan malah, ianya haram kerana kita sengaja membinasakan tubuh.


------------------------
Itulah luahan dan cerita daripada Amirul yang telah berjaya berhenti merokok. Alhamdulillah . Saya tahu bukan mudah tapi ianya tidak pernah mustahil jika ada kemahuan. Amirul sekarang sudah pun juga berjaya membantu rakan-rakannya untuk berhenti merokok.

Dan ini adalah asbab yang menyebabkan Amirul terlalu sayangkan Shaklee dan merasakan kehebatan produk Shaklee perlu dihebahkan. Tanpa berlengah, Amirul menjadikan perkongsian Shaklee sebagai sesuatu yang serius yang bisnes Shaklee kini adalah side incomenya.

Amirul telah berjaya mendapatkan 4 angka income bulanan dan telah bergelar Senior Supervisor. Alhamdulillah. Badan sihat, duit jimat, income pulak bertambah-tambah !

posted from Bloggeroid

Sunday, January 17, 2016

Kisah PANJANG! Kejayaan – VIVIX


Baca habis untuk testimoni best ini!

Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk. Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout.

Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama. Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout. Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja. Keadaannya semakin teruk disebakan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.

Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema. Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau. Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya.

Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata. “Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.” Jawap saya - InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah - jawab saya.

Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM400+. Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni.

Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah. Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring. Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain. Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.






Shopping barang shaklee

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=60084854099521425281742d342410c9