Ibu-ibu mesti ingin tahu boleh ke kita (ibu-ibu)
menyusu semasa kita demam? Sebab ada yang bimbang mungkin bayi berjangkit demam
dari kita pula.
Tahukah sebenarnya kalian boleh meneruskan penyusuan
seperti biasa walaupun kita sedang mengalami demam biasa seperti panas badan,
batuk atau selsema.
Sekiranya demam yang dihidapi oleh ibu-ibu menyebabkan
badan terlalu lemah, maka ibu-ibu disarankan membuat pemeriksaan lanjut dari
doktor.
Secara fakta, penyusuan semasa si ibu mengalami demam
biasa tidak akan memudaratkan bayi dan tidak akan menyebabkan jangkitan kepada
bayi bahkan membantu bayi untuk menguatkan lagi sistem imunisasinya. Hal ini
kerana semasa demam, badan kita sedang menghasilkan antibodi untuk melawan
kuman jahat yang menyebabkan kita demam biasa itu.
Sel-sel antibodi yang dihasilkan tadi akan dipindahkan
ke dalam badan si comel kita. Maka, badan anak kita akan terlindung dari kuman-kuman
yang boleh menyebabkan demam ini.
Indah sungguh kan ciptaan susu ibu ini. Walaupun ibu
masih demam, ibu masih lagi menyalurkan nutrisi, keperluan bayi dan ubat kepada
bayi yang kita susui supaya si comel kita terus membesar secara sihat dan kuat.
8 tips penyusuan semasa ibu demam:
1) minum air dengan cara yang sangat banyak (lebih
daripada pengambilan harian)
2) makan pada tepat waktunya walaupun sekadar bubur
nasi.
