Friday, December 16, 2016

Ex perokok tegar berjaya jimat 1K setelah berhenti

Saya mahu kongsikan satu kisah berkenaan Encik Amirul. Encik Amirul ni leader Shaklee di Surijunior. Join sebab Shaklee telah bantu dia bebas dari rokok. Bebas! Bebas sepenuhnya. Bagaimana? Jom kita baca :)

--------------

Nama saya Mohd Amirul Azeyady bin ramzi, berasal dari Seremban negeri Sembilan dan masih bekerja dengan MAS. Tahun ni Alhamdulilah, masih kekal sweet 27 haa...


Masih segar dalam ingatan, saya
berkecimpung sebagai perokok tegar, masa baru masuk tingkatan 1. Jiran saya merangkap kawan baik yang mengajak saya. Sebab dia lah buat jahat sama-sama buat 'baik' pun same, tapi kahwin sorang-sorang. 

Biasalah budak lelaki, konon nak lain dari orang lain, tu yang nak tunjuk ' pandai', pegi lah cuba hisap rokok, tetapi masa tu tak sedut pun, main kemam-kemam dalam mulut je pasal tak sedap pun rokok ni weh!!

Masa sekolah biasa saya masih tak bergiat aktif dalam bidang merokok ni sangat. Tetapi apabila masuk teknik, duduk asrama, itu tocang sudah naik lah. Kawan- kawan segala macam peel ada. Masa tu baru lah saya boleh jadi kira pangkat rookie lah bab merokok ni.


Selepas itu, semasa belajar dekat Miri, saya memang penjual rokok kat asrama. Kira memang kenal lah muka ni memang muka pusher. Masyuk jangan cakap lah, Sepanjang saya kat sana, tak ada mintak duit kat keluarga, siap boleh jalan2 Sabah pakai duit jual rokok. Lagi-lagi badan memang kecik, jadi memang ketua organisasi la bab fly asrama belikan senior rokok, hahaha..

Saya ni anak shaklee Master Fahana, sebenar nye sebab berhenti merokok ni lah saya masuk shaklee. Saya follow die dari die jual kerepek, sampai jual shaklee, then die ade share pasal vivix boleh buat berhenti merokok, macam berminat, tapi buat tak tau je mula2. Dipendekkan cerita,setelah fikir masak-masak, saya pun beli la Vivix dari Master Fahana.

Kalau nak tau, saya ni dulu sangat-sangat lah kurus. Memang keding dulu, macam-macam name ade; Tom kurus, Cikeding, Papan. Kalau ade sekatan jalan raya (roadblock) polis kerjasama AADK tu, tak payah suruh, saya sendiri berhenti tepi. Memang dah tau kene urine punya, bayang kan sampai umur 24 25, berat tidak lebih 46 kg.


Saya mula makan Vivix January 2015, tetapi kesan dia bukan lah terus langsung tak nak merokok. Benda pertama yang jadi kat saya esok nya macam berkahak sikit lah. Badan terkejut agaknya, apahal tetiba benda sihat masuk badan. Selepas itu lama-lama bile saya terus kan Vivix ni, saya rasa rokok marlboro saya yang selama ni lemak berkrim, jadi kelat. Ok saya tukar, hisap menthol pulak.

Saya tanya lah kat kak ana, apa nak lepas habis Vivix ni?? Rokok kelat tetapi ketagih masih ada. Tetapi saya tahan, sebab hisap pun tak gune, tak sedap macam dulu. Kak ana, cadangkan saya ambil DTX Complex.


Semasa ambik DTX Complex tu yang jiwa kacau jadinya. Muka sikit punya jambu, tetiba jerawat naik sana sini. Ketiak tak pernah berbau, asal berpeluh je, Ya Allah, biar lah aku sorang ja yang bau 😂😂 Kesan detoks dia sangat hebat. Toksin keluar untuk tubuh dibersihkan.



Alhamdulilah sangat-sangat bila masuk tahun ni, dah dekat nak 2 tahun saya resign jadi penagih tembakau. Jerawat ikut kecut sebab lepas tu saya ambik Vita C pula. So tu lah detik-detik saya mula sayang Shaklee ni. 


Sebab banyak saya dah jimat sangat-sangat. Saya perokok yang memang tahap tegar puaka. Sehari memang sekotak setengah wajib. Bayang kan sekarang Marlboro sekotak 17 ringgit rase nye :

(17  8.50) x 30 = RM765 saya dah jimat sebulan



Nak berhenti merokok, hati kena cekal. Kawan-kawan pula sengaja main hembus kat kita. Nak dilempang, kawan. Tak dilempang, makin menjadi-jadi. haaa


Nasihat saya pada anda yang bertekad nak berhenti merokok :

1. Minum banyak air putih / air masak

2. Sediakan gula-gula untuk gantian rokok terutama lepas makan 

3. Alihkan tumpuan atau sibuklah diri semasa dalam tandas dan selepas makan. sebab ini 2 waktu yang sangat sesuai untuk merokok. Kalau boleh stop 2 waktu ni, insyaAllah anda akan berjaya

4. Kurangkan aktiviti luar / berhenti melepak dengan kawan-kawan dulu

5. Kerapkan mandi 

6. Konsisten untuk ambil Vivix 2 sudu sehari dan DTX Complex 4 biji sehari.

Merokok ni bukan sahaja merugikan malah, ianya haram kerana kita sengaja membinasakan tubuh.


------------------------
Itulah luahan dan cerita daripada Amirul yang telah berjaya berhenti merokok. Alhamdulillah . Saya tahu bukan mudah tapi ianya tidak pernah mustahil jika ada kemahuan. Amirul sekarang sudah pun juga berjaya membantu rakan-rakannya untuk berhenti merokok.

Dan ini adalah asbab yang menyebabkan Amirul terlalu sayangkan Shaklee dan merasakan kehebatan produk Shaklee perlu dihebahkan. Tanpa berlengah, Amirul menjadikan perkongsian Shaklee sebagai sesuatu yang serius yang bisnes Shaklee kini adalah side incomenya.

Amirul telah berjaya mendapatkan 4 angka income bulanan dan telah bergelar Senior Supervisor. Alhamdulillah. Badan sihat, duit jimat, income pulak bertambah-tambah !

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Shopping barang shaklee

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=60084854099521425281742d342410c9